Program Latihan
MEinSA menganjurkan beberapa kursus teknikal bagi tahap Asas sehingga tahap Profesional & Advance.
Persatuan Inspektor dan Penyelia Kejuruteraan Malaysia (MEInSA) adalah pertubuhan bukan berasaskan Keuntungan (NGO) yang telah didaftarkan pada 24 Januarl 2020. Keahlian terbuka kepada semua pengiat bidang kejuruteraan dalam semua bidang.
Ahli persatuan ini ialah mewakili individu yang berkerjaya sebagai Inspector of Work, Penyelia, Kordinator dan juga profesion yang terlibat dengan bidang kejuruteraan. Sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli persatuan mestilah disahkan jawatannya sebagai inspektor atau penyelia kejuruteraan sekurang-kurangnya 2 tahun.
Sijil Pendaftaran
No PPM : PPM 044-10-24012020
Menjadi sebuah badan yang sangat dihormati dan berwibawa bagi memastikan kepentingan dan keselamatan ahli dalam bidang kejuruteraan berkualiti.
Menjadikan profesion Inspektor dan Penyelia Kejuruteraan sebagai satu kerjaya profesional untuk memastikan bahawa bidang kejuruteraan di negara berkualiti tinggi, mematuhi etika profesional dan berdedikasi.
• Peluang untuk mendapat Pensijilan Inspektor Kediaman dan Hartanah, Pensijilan QAQC, Penyelia Tapak, dan lain-lain.
• Pengiktirafan sebagai ahli dalam profil kerjaya dan CV.
• Sijil keahlian sah dan bernombor, diiktiraf oleh MEInSA dan rakan strategik.
• Diskaun istimewa untuk menyertai kursus-kursus teknikal seperti:
• Primavera P6
• Claim Analysis & EOT
• QAQC Construction
• Penyeliaan & Pemantauan Tapak
• Program pembangunan kerjaya secara berterusan (CPD).
• Dapat berhubung dengan jurutera, penyelia, inspektor, QS, kontraktor dan pemain industri.
• Akses kepada group komuniti khas ahli MEInSA di WhatsApp / Telegram / Facebook.
• Tawaran kerjaya / freelance dalam industri pembinaan & hartanah melalui rakan industri.
• Peluang dilantik sebagai Jurulatih Bertauliah, fasilitator atau penceramah untuk kursus MEInSA.
• Akses kepada mentor dan pakar industri dalam sesi-sesi perkongsian (webinar, bengkel).
• Perkongsian bahan rujukan, nota, dan SOP secara eksklusif kepada ahli.
• Ahli boleh dipertimbangkan sebagai wakil dalam bengkel teknikal, standard industri, atau sebagai panel penilai.
• Peluang penglibatan dalam program berimpak tinggi: standard ASEAN untuk Inspektor, lawatan teknikal
• Peluang menyertai program edutourism / benchmarking ke luar negara (contoh: Jakarta, Bandung, IKN Nusantara).
• Kerjasama serantau dengan institusi luar seperti Indonesia, Brunei dan ASEAN.
• Khidmat nasihat teknikal dan sokongan jika berlaku isu di tempat kerja.
• Peluang menyertai koperasi MEInSA (akan dilancarkan), memberi akses kepada:
• Peralatan sewaan (drone, scanner, alat ujian)
• Pinjaman mikro atau geran latihan
• Pembelian bahan dan kelengkapan dengan harga ahli
MEinSA menganjurkan beberapa kursus teknikal bagi tahap Asas sehingga tahap Profesional & Advance.
Sistem pengurusan keahlian MEinSA bagi operasi urus-tadbir persatuan yang lebih cekap & Efisien.
Kolaborasi bersama pihak industri.
(dalam perancangan).
Anda boleh menghubungi kami melalui telefon, whatsapp atau emel hari ini.